Monday 30 July 2012

Bazar Ramadhan dari sudut positif

Assalamualaikum

Dah lama sememangnya lama dan sangat lama, saya x update blog ni. Dah berkapuk dah. Heee.. Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab saya dapat juga dipanjangkan umur oleh Allah dan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga semua pembaca (macam banyak ja yg akan baca) akan mendapat Lailatur qadar Ramadhan kali ni. Aminn. 

Sepanjang dah hampir separuh kita berpuasa ni, ada tak sesiapa yang tak pernah pergi Bazar Ramadhan? Wah, bagusnya. Syukurlah rajin masak. Macam saya bukan malas masak tapi special kes sebab saya x banyak duit untuk beli barang basah. Agak mahal di tempat saya belajar ni. Jadi caranya memang ke Bazarlah saya beberapa hari ni. 

Banyak saya baca tentang Bazar Ramadhan. Ada blogger yang kutuk-kutuk Bazar Ramadhan. Kesian dekat Bazar ya tak.. Kalau dia boleh berkata-kata mungkin dah meraung da. Kalau setakat ni semua post yang negetif tapi kali ni saya pula nak tulis sesuatu yang positif tentang bulan Ramadhan. Mungkin ada yang tahu tapi saya tahu. Haha.

Mengapa Bazar Ramadhan perlu wujud: 

1. Belajar tentang budaya (mungkin 1 Malaysia)

Taw tak kalau dekat Sabah makanan semenanjung sangat tak banyak kalau hari biasa. Tapi ia akan menjadi banyak kalau bulan puasa. Ustaz-ustaz semenanjung akan bawa anak isteri dia menjual makanan semenanjung di bazar Ramadhan. Biasanya makanan yang popular seperti Nasi kerabu, roti jala, laksam dan sebagainya. Bila Bazar - bazar ni menjual barangan macam ni, orang akan alert untuk singgah dekat gerai mereka. Orang cina, orang india apatah lagi orang melayu semua pakat mai la orang kata. Hari tu saya beruntung sebab sempat melihat situasi ni sendiri :

Apek             : Aiya amoi, ini apa nasi warna biru ni ah? 

Amoi penjual : O, itu nasi kerabu uncle.

Apek            : Apa itu kelabu (kerabu)?

Amoi            : O, nasi kerabu ni nasi yang campur - campur. Ada sayur, ada kuah, ada macam - macam. 

Apek            : O, itu macam ka. Kasi saya dualah. 

p/s: (perbualan telah diperbaiki kerana terlalu banyak kesalahan tatabahasa)

2. Tempat nak uji kejujuran dan kepercayaan 

Kejujuran untuk pelanggan, kepercayaan untuk penjual @ kejujuran untuk penjual , kepercayaan untuk pelanggan. 

Waktu membeli, pelanggan akan try beli makanan tu untuk pertama kali. Bila penjual jujur dengan kata - kata (apa yang dipromosi) dan tak jual barang tak baik maka pembeli akan beli untuk esok, esok dan esoknya hingga muak dan akan cuba makanan lain dari gerai yang sama. Yeah, saya jenis macam ni. Penjual jujur, pelanggar kepercayaan. 

Waktu membayar tetiba makcik si penjual nasi ayam telah terberi duit baki yang sepatutnya 60 sen menjadi 1.00. Why? Think.. Think. Aiya, slow.. Sebab duit syiling Malaysia semua dah baru. 10 sen sama saiz dengan 50 sen baru. Jadi pelanggan yang jujur akan kembalikan wang 50 sen dan minta 10 sen. Pelanggan tak jujur akan senyum-senyum dalam hati. Penjual akan menilai apa? Hey, mestilah kepercayaan. Pelanggan jujur, penjual kepercayaan. 

Okay setakat ni, dua benda ni ja yang baru saya jumpa. Kenapa sikit sangat? Sebab saya baru ja start mengunjungi Bazar beberapa hari yang lalu. Nanti-nanti insya allah saya akan tambah. Beri saya masa untuk meluaskan pemandangan. Bak kata pepatah, luas perjalanan banyak pemandangan banyak entri. 

p/s: Jom buat qada solat fardu yang mungkin tak sempurna selama ni. Assalamualaikum :)

Saturday 23 June 2012

Benda nak buat sebelum habiskan degree (1)

Assalamualaikum...

Hello semua mereka yang baru beberapa hari menghabiskan degree di University seluruh Malaysia ni. Tahniah buat semua. Tapi untuk student IPGK penghujung kepada degree akan berlangsung pada bulan 11 insya allah. Bila cakap tentang degree yang dah nak habis ni, saya banyak tengok rakan-rakan mula menghabiskan masa mereka dengan kawan-kawan. Ini membuatkan saya terfikir untuk membuat senarai apa lagi yang belum saya pernah lakukan sepanjang degree ni. 

Mendaki gunung Kinabalu dengan rakan-rakan yang sangat rapat. Really close perhaps.

Sebenarnya saya dah pun pernah naik gunung kinabalu biarpun menjadi orang yang paling last sampai hari tu. Setelah saya berputus asa dan berjalan sahaja dan tak sangka dah di puncak. Sayangnya tiada apa yang merakamkan saat manis itu sebab waktu tu saya pula takda camera. Tapi trip pertama ni saya naik dengan rakan yang kurang rapat sangat. 
Jadi kitorang dah rancang untuk cuba mendaki semula Gunung Kinabalu untuk kali kedua. Kali ni saya akan cuba untuk sampai lebih cepat dan kurang penat. Hehe

Mendaki bukit St. Veronica

Waktu buka fb td ternampak pula seorang junior buat peace di satu kawasan yang tidak dikenali.Sebagai senior yang baik saya tanya dan dia katakan bahawa mereka telah mendaki Bukit St. Veronica. Saya nak cuba ni. Dan aim nak bawa Dibah (my ex rumate)

Berrafting di Sungai Padas

Rafting. Ni pun sebenarnya saya dah test. Actually di sabah sungai di cantik dan majoriti sungai ni di kawasan yang berbukit (memanglah kan). Ada dua kawasan yang paling best untuk buat aktiviti rafting iaitu di Sungai Pukak - Malangang (area Tamparuli) dan satu lagi di Sungai Padas. Sungai padas ni pula nun jauh di Tenom. Rafting di Sungai Padas ni memang agak mencabar, dengan arusnya kuat. Tapi i tell you  people rafting di Sungai Padas gonna be more exciting compare to Sungai Pukak. Why? Sebab sungai Pukak tak kuat sangat arusnya. 

Memanjat dinding di Likas

Memanjati dinding = wall climbing.
Di Likas (Kota Kinabalu) ada satu tempat ni yang cukup famous sekarang dengan perkhidmatannya untuk si peminat aktitiviti lasak. Saya memang nak sangat cuba ni. Insya allah saya akan try suatu masa yang terdekat ni. ^___^ 

Monday 18 June 2012

Sampaikan mesej in a creative way

Assalamualaikum...

Saya dah masuk final sem ^______^ Hooooraaaaayyyy. Horayyyyyy. Horraaaay. Dan Horaaayyyy lagi. Mak ai, panjangnya hooray ya? Mestilah panjang sebab dah lama sangat saya menuntut ilmu di Tuaran hinggakan selok belok ke utara dan ke selatan Pekan Tuaran ni telah saya kuasai. 5 tahun setengah. Tapi 5 tahun baru ja berlalu dan sekarang tengah melalui detik-detik setengah tahun. Insya allah. Sekarang ni, sem baru buka tapi buku belum buka. Masalah kan. Jadi di kesempatan ini, saya nak menggunakan masa yang ada untuk menulis sesuatu yang berguna seperti yang tertulis:

Title: Sampaikan mesej in a creative way

Suka tak dengar ceramah? Mesti tak sukakan. Tak sukalah la tu. Saya pun sama. Eh? Tak sama. Saya suka ceramah tapi saya lagi suka memberi ceramah. Berbalik kepada ceramah, korang suka dengar ceramah yang:

1. Disampaikan secara serius + muka penceramah ketat
2. Disampaikan dengan relaks + muka penceramah berubah-ubah (bukan talam dua muka)
3. Penceramah straight aja dari awal sampai akhir semuanya pasal tajuk
4. Penceramah ada intro yang mudah
5. Penceramah duduk aja atas kerusi beliau (again dengan muka ketat)
6. Penceramah bergerak-gerak

Jika sekiranya anda suka kepada semua nombor ganjil maka anda berumur atas 30 bawah 80. Mesti bawah 80 sebab atas 80 saya pasti dah ramai yang tak nampak dengo pun jelas tak jelas ja. 

TAPI, jika anda agak menuju kepada nombor genap maka anda berumur 30 ke bawah kalau tak pun anda berjiwa muda. Sebab orang muda tak suka benda yang serius dan bagi mengelakkan anda daripada mengelakkan diri dari mendengar ceramah, here is the solution baby. 

Pernah tak dengar nama-nama seperti Matlutfi, Ahmadazlan and other cool guy yang agak popular di youtube sekarang ni? Whattt? Tak pernah??? Buka sikit tempurung tu. 

Mat luthfi, Ahmadazlan, Anwar Hadi dan Nabil Ifwat mereka ni semua jejaka-jejaka yang cool. Why? Mereka cool sebab mereka menyampaikan sesuatu (mostly keagamaan) dengan cara yang kreatif. Mereka buatkan, lakonkan, dan editkan sehinggalah mereka mampu untuk mengubah pemikiran remaja. 

Contohnya ini: 


Lawak tak? Lawak kan. Kita kan remaja dan tak remaja lah anda kalau tak suka lawak. Creative tak cara mat ni sampaikan mesej? 

Saya ada post ni di dinding buku saya dan ramai yang kata, "best dan mesejnya sangat baik". 

 


Thursday 17 May 2012

Berfashion dan menutup aurat-Dena Baharin

Assalamualaikum... ^____^



Lately saya rasa sangat-sangat annoying dengan status manusia-manusia yang berpelesaran di dinding buku saya. Semuanya dengan status perkahwinan yang sweet, mencari pasangan yang baik-baik dan macam-macam lagi. Tapi kalau individu tu memang mengotakan apa yang dikatakannya, well saya rasa cukup kagum dan gembira. Semoga mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Contohnya rakan saya ni merangkap housemate Nazatul Akma. Insya allah dia dapat pasangan yang baik. Tapi ada juga status yang agak menyedihkan. Over sangat dalam membuat status. Inginkan sesuatu yang baik, inginkan suami yang menjaga pergaulan. Itu status hari ni. Status keesokan harinya pula penuh dengan caci maki. Situasi ini lah yang membuatkan saya rasa tak senang hati ni. 

Sekarang ni juga penuh dengan status-status yang kagum dengan Dena Baharin. Jangan kata ada yang tak tahu siapa Dena Baharin ni. Dia budak kecil *kata dia budak kecil sebab kecik dan muda lagi kot*. Dah berkahwin dengan sofian Ariff yang terkenal dengan video meke. Bercakap tentang Dena ni, saya rasa jelous jugalah sebab dia dah kahwin, tapi dia kecik lagi. Tapi kalau korang tengok ayat yang keluarkan memang tak sangka pula yang Dena ni masih dalam golongan budak kecik. Cara dia bercakap penuh dengan kematangan. Contohnya ini:

Gambar ni saya ambil dari Milimilo punya blog

Tapi apa yang saya paling kagum dengan Dena Baharin ni ialah dengan cara dia berfashion. She's good in fashion. Really. Dia berfashion but at the same time dia tetap jaga batasan aurat dan menuruti cara berpakaian yang dituntut dalam islam. Jadi apa pun ayat yang dia keluarkan kita tak akan rasa nak muntah sebab dia benar-benar buktikan yang dia buat.

Tengok cara dia berpakaian ni: Semua ni saya ambil dari blog Dena Baharin


Dia berskirt dan skirt dia besar. Dia bertudung dan lihat tudung dia menutupi dada

 
Jarang sungguh nampak pengantin perempuan yang benar-benar menutup aurat mereka. Baju ni Dena Baharin yang reka sendiri. Dia menutup aurat dengan sempurna sekali. 


Dena ni masih umur 20 tahun kalau tak silap. Ulang suara, dia dah kahwin. Muda kan? Dan apa yang telah berjaya dilakukan oleh Dena dan Ariff (her husband) ni sekarang dah mula jadi ikutan kalau tak jadi ikutan pun tetap akan menjadi topik utama dalam Blog atau Facebook atau Tweeter atau myspace atau mulut ke mulut. Kebanyakan orang dah mula ikut jejak Dena Baharin ni. But pernah tak korang terfikir tentang perbezaan anda dan Dena Baharin. Jangan naik ikut ja, ya memang kahwin muda itu lagi baik tapi kena ada caranya. Antara yang kita kena pertimbangkan: 

1. Suami korang dah kerja ke belum? Sebab berdasarkan pembacaan saya, Arif which is suami Dena ni dah kerja

2. Background family anda samakah dengan family Dena? Sebab apa yang saya perhatikan, Dena ni datang dari keluarga yang agak senang. 

3. Family anda selepas anda berkahwin? Sebab apa yang saya dengar dari satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Badli Shah, dia kata berkahwin muda memang baik tapi kalau boleh bagilah orang tua kita dan keluarga kita merasa terlebih dahulu apa yang telah mereka usahakan kepada kita selama ni. 

Tapi kalau korang (perempuan) yang sekarang tengah berada di IPG aku rasa berkahwin (kalau dah final year) adalah pertimbangan yang baik. Pekerjaan insya allah kalau ditakdirkan Tuhan memang ada dah. Posting pula insya allah boleh minta dekat-dekat dengan husband *yeah, sebab korang da ada surat nikah untuk dikepilkan bersama dengan borang penempatan*. Untuk itu, saya nak bagi ucapan tahniah buat dua housemate saya yang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. 

P/S: Kalau saya pula ditakdirkan kahwin semester depan bagaimana ... ^____^


Tuesday 15 May 2012

Tips nak ke temu duga IPGM

Assalamualaikum...
For those yang dah dapat panggilan interview IPGM, nah:

Mengucapkan Tahniah!!!


Aku ni kira antara senior yang agak baik sebab aku akan add ataw accept saja request daripada junior terutama junior sekolah. Yes, all the budak hingusan masih. Haha. Baik kan. Sebab ramai orang ni bila dia jadi senior dia rasa tak ada hati untuk add atau accept request junior-junior. See, betapa baik hatinya aku. Korang yang aku add terutamanya adalah manusia yang sepatutnya paling bahagia dalam dunia ni. 

Bila cakap tentang junior ni, bila aku on9 facebook ja terlalu ramai budak hingusanz yang buat status tentang dapat temuduga IPG. Nak jadi cikgu katanya. Mesti korang tengah rasa berdebar kan tunggu temuduga. Well aku pun pernah merasa benda yang sama dan untuk itu aku rasa nak bagitahu korang yang rasa nervous korang tu hanya akan berbaloi kalau korang dapat masuk IPG. Jadi tak payah nak nervous sangat.

So, untuk memudahkan pembacaan anda, saya mudahkan penulisan dengan membuat secara point. Bijak tak? Hehehe .. ya, saya tahu korang semua masih mentah dalam dunia ni. Hahaha.

Okay, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Serius taw baca ni.

1. Anda 100% akan gagal interview sekiranya anda masih menggunakan perkataan MAKTAB. Budak-budak sekalian, maktab tak wujud dah yang ada cuma MRSM which is Maktab Rendah Sains Mara. Maktab yang korang kata korang teringin sangat nak masuk tu dah tukar nama kepada IPG. Dan yes sebagai warga IPG saya marah jika korang sebarkan penggunaan MAKTAB. Geram ni.. Geramm.. Tapi takpa since korang memang budak hingusan, jd saya tak jadi nak marahlah... Yang penting tak sebut Maktab depan penemuduga, insya allah dah lepas ke step kedua.


2. Sebelum korang tidur 2 malam sebelum temuduga bermula, cek semula semua maklumat yang korang perlukan dah lengkap atau tidak. Kalau tak lengkap lagi, please lengkapkan. Korang nak taw tak yang IPG ni sangat popular dikalangan budak hingusan macam korang, jadi kalau kau dah tak bawa satu maklumat penting, aku gerenti penemuduga dah tak da semangat nak temuduga korang. Bila dia dah tak excited, korang fikirlah sendiri kesannya... hehehe...

3. Pakai baju bukan pakai benang... sesiapa yang nak menyeksi depan penemuduga, sorry to say la, penemuduga ni di kalangan lecturer juga... lecturer ni bekas guru kat sekolah ... dan mereka Tak Berminat dengan godaan dari budak hingusan ataupun mana-mana godaan... ^_&

4. Start dari sekarang aku nak pesan dengan korang pleaselah mula tengok berita... terutamanya kes-kes yang hangat dan bukannya suam-suam kuku. Contohnya , Bersih.. mungkin akan ditanya korang rasa Bersih ni Bersih tak?

5. Sekiranya anda adalah dari sekolah agama, then berhati-hati dan buat sedikit rivision dengan hukum-hukum mad / tajwid sebab 5 tahun yang lalu aku adalah antara orang yang ditanya dengan hukum tajwid...

Sebenarnya post ni aku nak buat beberapa minggu yang lalu, tapi ya, busy people then post ni terpaksalah tertangguh hingga ke hari ini. 

P/S: sebenarnya dah banyak temuduga yang mula. Entah ada temuduga atau tak lagi. Sapa yang dah temuduga renungi nasib anda. Sapa tak temuduga lagi, bacalah beberapa tips ini. Hope it work.

Menonton K movies setelah tension exam

Assalamualaikum warga alam maya yang telah penat dengan alam realiti... ^__^

Dah lama ya tak saya tak buat apa-apa post. Well busy people kan. Kami ni kira sama level dengan PM lah kalau dari segi aspek kesibukan. Tapi bab lain tolong jangan samakan saya dengan PM (bahaya eh nanti jadi doa, kot la beberapa orang kata ya.. hmmm. tak nak)..tak, ada pembetulan, dengan PM takpa kot, kiut sikit tapi bukan dengan wife dia. Geleman.

Selama beberapa bulan ni saya agak busy dengan Praktikum di sekolah Sk Rangalau Baru. Hmmm, 3 bulan derr kurang tidur dan kurang duit. Dalam tiga bulan tu kena pula hanta assignment yang hebat-hebat (Kajian Tindakan dan juga Bimbingan Kaunseling). Stress juga.

Nasib muka tak jadi macam ni


Setelah selesai praktikum pula, kami diberi masa free lebih kurang 3 weeks la juga. But percaya dengan saya, once korang dah lama mengajar di sekolah, feel sebagai guru korang akan sangat tinggi. Bila ada lecture korang rasa macam, hhhmmm, ja bila lecturer bercakap dan membentang. Well, kalau anda bersikap seperti ini, anda sudah menempah satu sikap negatif murid anda di sekolah kelak iaitu buat takda-takda waktu korang mengajar. Tapi saya tak, well saya kan baik. Tak percaya. Tak percaya sudah. Heee. 

sepanjang 3 weeks yang free tu, kitorang pun rasa macam dunia ni kami yang punya. Dengan line streamyx yang baik sebab line tak da sapa nak lawan (tinggal d perumahan lecturer) mana ada orang nak online macam kami. So, nak dijadikan cerita aku mula mengikuti perkembangan satu cerita ni. Cerita korea. Tajuk dia Feast Of The God. Best taw cerita ni boleh tengok dekat http://www.maaduu.com/ tapi tak maw lah cerita apa-apa tentang cerita ni. Nak juga? okayla saya cerita sikit-sikit. Cerita ni mengisahkan tentang satu budak perempuan yang terpisah dari keluarga dia masa jatuh dari kapal laut yang ala-ala titanic gitu. Then setelah berpuluh tahun dia jumpa balik dengan abang dia tapi proses nak jumpa dengan family sebenar dia ni memang amat menyedihkan. oklah tu ja yang boleh share. Berminat tengok sendiri. Saya dah bagi link. Yang pasti untuk cerita ni rating saya akan bagi 10/10. Lagu-lagu dalam ni memang best dan boleh hilangkan tension untuk mereka yang sedih dengan jawapan exam yang tak seberapa.. .


Contohnya ini



Setelah mula exam dan dengan sedihnya saya mengumumkan bahawa saya tak jawab dengan cemerlangnya maka saya pun meneruskan maraton Feast of the God ni. Cuma apa yang menyedihkan tentang http://www.maaduu.com/ ni apa taw, korang kena tunggu tarikh tertentu untuk tengok. Contohnya kena tunggu tarikh 14/5/2012 hanya untuk episode 22 kalau tak silap. Nasib baiklah waktu tu aku kena kerja keras sikit untuk exam, jadi aku puasa la dari meneruskan tontonan. Dan bila dah lama tak tengok (baru dua hari) terus rasa lama dah tak tengok. 

Korang nak tau tak, sebenarnya aku tengah tengok episode yang aku miss semalam dan semalam yang lalu. Banyak dah yang berubah dalam cerita ni dan apa yang menggembirakan Go Jung Yeong (watak utama dalam cerita ni) dah mula diterima sepenuhnya oleh keluarga asal dia. Happy ^______^

Setelah tengok dan dengar lagu dia, aku pun rasa bertenaga semula. Kira cerita ni boleh disamakan dengan batu garam yang dijual dikedai-kedai cina tu la. Bagi tenaga tidak di sedari. Hehehhe.

P/S: cerita ni cerita berasaskan makanan. Makanan orang Korea ni nampak sedap dan kaler dia pula bagai. Nampak comel ja. Jadi saya nasihatkan korang jangan tengok cerita ni waktu puasa. Hehe.

Sunday 12 February 2012

Coretan Buat Si Pemilik Tulang Rusuk

Assalamualaikum...





Sungguh kita tak pernah menjangkakan apa akan terjadi pada masa akan datang. Saya tak boleh jangkakan adakah saya masih hidup dalam beberapa minit lagi. Dari besar hinggalah sekecil-kecil hati kuman pun manusia yang lemah ini tak mampu untuk jangkakan. Jadi saya ingin menulis sesuatu buat si pemilik tulang rusuk saya, yang saya tak tahu siapa, dimana beliau berada, kesihatannya. Dan apabila bertemu kelak dan jika diizinkan Allah kita disatukan di bumi Allah ini, saya Siti Aminah ingin membuat coretan untuk meluahkan apa yang aku rasakan saat ini.




Hai, si pemilik tulang rusuk, bagi awak big smile ni ^_____________^
Saat ini saya merasakan bahawa saya ingin menjadi isteri yang sangat solehah, yang memasak, yang menjaga awak dan anak-anak dengan penuh kasih sayang, menjadi anak yang solehah pada ibu bapa saya dan ibu bapa awak.
Tapi wahai si pemilik tulang rusuk,
Saya takut andai suatu saat nanti,
saya tak mampu melayan awak lagi, saya tak mampu untuk masakkan awak makanan yang enak, saya tak mampu untuk menjaga anak-anak dari benih kita, saya tak mampu nak menghormati kedua orang tua kita, saat itu, wahai si pemilik tulang rusuk,
sedarkanlah aku,
bangunkanlah aku,
dan wahai si pemilik tulang rusuk,
jangan pernah kau lupakan untuk mendoakanku agar kekal menjadi isteri terbaik buat awak ya ^____^

Wahai si pemilik tulang rusuk,
Aku akan berusaha untuk memperelokkan tubuhku dan paling penting tingkah laku ku,
Tapi wahai si pemilik tulang rusuk,
Andai satu saat tingkah ku tidak kena di pandanganmu, tidak selaras dengan ajaran islam,
Maka ajarlah aku,
Maka tegurlah aku,
Kerana aku tak mampu  berjanji akan mampu menjaga akhlakku tubuhku sepanjang masa

Wahai si pemilik tulang rusuk,
Andai nanti hatimu terusik oleh wanita lain,
Fikirlah dahulu,
Kerna aku tidak mampu untuk menjanjikan persetujuan,
Kerna aku tidak mampu untuk bermalam dengan air mata,
kerna aku tahu hatiku adalah hati wanita biasa yang mudah rapuh dek penahan perasaan,
saat itu aku takut andai keikhlasanku terhakis
saat itu aku takut andai aku tak lagi mampu menghormatimu, menyanjungmu seperti ini.

Wahai suami ku,
Awak kena setia taw dengan saya,
Kalau awak nak masuk syurga,
Awak wajib bawa saya juga taw,
Kerna aku tak mahu kau di dampingi bidadari syurga.
Saya jeles. ^_____^



Sunday 5 February 2012

Jemput makan bubur lambuk

Assalamualaikum..

Nak post gambar seperti yang dijanjikan.. ^____^ enjoy your meal housemate








Saturday 4 February 2012

Masak bubur lambuk (mencari semangat)

Assalamualaikum..
Haila. Hari ni rumate saya request untuk saya masakkan bubur lambuk. Tak konfiden saya nak masak sebab saya takut resepi saya salah dan makanan jadi tak sedap. Orang tak nak makan. Lepas tu membazir. Dan bertambah lagi dosa dah banyak tu. Oh. Begitu. Begini. Hahahaha. Jauh pula saya fikir. Tak pa saya akan cuba sambil memorize semula apa yang Makcik (merangkap mak kawan saya) ajarkan.

Saya dah beli bahan antaranya:

Santan fresh
Daun Paku pakis merah
Sepaket Halba

Selain dari itu, rempah-rempah dan daun kesum saya ada. Daun kesum tengah tumbuh meliar nun di belakang rumah tu.

Okay Min, chaiyoo untuk bubur lambuk hari ni.


P/s: Kalau menjadi saya upload gambarnya. Kalau tak jadi tutup mata makan.

Friday 3 February 2012

Bila Novel Dibukukan (Part 2)

Assalamualaikum...


Hai... Atas permintaan banyak peminat saya akan teruskan entri tentang novel yang diadaptasi menjadi wayang-wayang. Hahahha. Gelak-gelak. Sorry. Tak banyak pun peminat, yg follow betul-betul pun tak ramai lagi. Saja ja buat penyedap ayat.

Okay, kawan aku Apa kau bilang pok punya blog, lah yang suruh aku teruskan penulisan tentang entri ni. Nampak sangat kot yang entri sebelum ni gantung. Penat la. Mana tak penat kalau bangun seawal 5 pagi terus ke sekolah tidur petang lepas waktu asar, bangun hingga 12 ke atas baru nak tido.

Okay nazatul akma, kita teruskan merapu tentang novel yang dubukukan ni. Baca baik-baik. Hahaha.

Apa yang saya terfikir macam ni:

Pelakon VS Imaginasi

Bagi sesiapa yang dah baca novel-novel yang telah diadaptasi korang pernah tak rasa macam pelakon yang dipilih tak sesuai bebenar dengan apa yang korang fikirkan or imaginasikan. Contoh terdekat yang aku nak tampilkan ialah watak Adli dalam Bicara Hati. Watak yang ramai pembaca imaginasi kan totally out dengan watak yang diberikan untuk Adli dalam Bicara hati movie punya. Dalam novel diceritakan bahawa Adli ni orangnya baik-baik ja tapi dalam wayangnya Adli ni berambut merah. Tapi tak lah juga saya nak kata orang yang kaler-kaler rambut ni semua jahat.

Boleh tambah pemahaman untuk novel yang berat





Pernah tak baca novel-novel Hlovate. Perghhh... Kalau baca masa tengah esok nak hantar assignment, mungkin berdarah juga mata. Tapi yalah kan, mana ada orang nak baca novel kalau esok dah kena hantar assignment. Hmmm. Okay tapi saya nak cakap juga yang novel-novel Hlovate ni memang berat-berat. Kalau orang yang tak pandai sangat Inggeris konfom dah taubat tak nak beli lagi. Cause Hlovate ni guna 90% English dan cerita dia menjurus kepada Medic, sebab dia budak medic somewhere di Europe kalau tak silap.

Okay berbalik pada novel berat Hlovate dengan wayang, saya ka aku yang diguna tadi dah konfius, aku rasa penting juga untuk wayang-wayang ni mengadaptasi novel berat macam ni. Sebab bila kita ditunjukkan dengan perbuatan insya allah kita faham lebih ya tak.. Jadi sesiapa penerbit tu tolong adaptasi novel-novel cik Hlivate kita sebab novel dia adalah no.1. berat di Malaysia.

Kalau international punya Jurassic tu dah ngam dah di moviekan. Hahaha. Ntah apa-apa kalau dibaca.



and tu ja saya ble tulis, actually saya lapar bubur ayam ni. Jadi x concentrate.. Kalau aku concentrate pun ni hanyalah apa yang aku fikirkan, tak salah kalau korang tak setuju. Subjektif untuk benda yang umum.

Ni saya sertakan satu blog yang buat review tentang benda yang sama, so enjoy your reading... Assalamualaikum. 




Thursday 2 February 2012

Hadiah untuk pemilik Tulang rusuk

Assalamualaikum ...

Video ni saya uploadkan sebagai hadiah kepada jodoh yang saya tak tahu +)




and ni hadiah kedua



Semoga kita dipertemukan suatu hari kelak pada masa yang terbaik.

P/s: Bring me to Jannah ya =)

Bila novel dibukukan

Assalamualaikum...





Hai people. Dah habis tengok Gemersik Kalbu? Kalau ya anda mesti tengah panas hati ni kan sekarang sebab Raihana tu minta cerai ya tadi dengan hushband dia. Sungguh kecewa kita. By the way, kepada mereka-mereka yang tak biasa baca novel melayu, ni saya nak bagitahu yang Gemersik Kalbu yang korang syok tengok hingga maghrib entah kemana tu, sebenarnya diadaptasi based on a novel yang tajuknya exactly same 'Gemersik Kalbu'. Tapi banyak part yang dia ubah contohnya Raihana bukanlah anak yang dikhuatiri anak hasil rogolan tapi adalah anak yang ditinggalkan di kampung. Bla.Bla.Bla. Till saya rasa hanya nama-nama pelakon ja yang dikekalkan. Jaga lah kalau ending tak best aku dah follow dari awal ni.

Bila cerita tentang Novel-novel melayu yang dilakonkan ni terlalu banyak kebaikan dan keburukannya sebenarnya. Tengah top ni beberapa novel telah diadaptasi dan semuanya keluaran Alaf 21. Ombak Rindu, Gemersik Kalbu dan Bicara Hati. Ada yang didramakan ada yang dijadikan movie. Apa-apa hal lah yang penting aku rasa Bicara Hati terlalu out. Setuju? Kan. Kan. Kan.





Okay oleh kerana aku dah layan ketiga-tiga novel tersebut maka aku pun dah buat analisis secara terperinci and based on apa yang saya dan rakan-rakan saya tengok, ini adalah ulasannya.

Ada peluang jugalah para pelakon untuk tutup-tutup sikit aurat mereka ya tak


Ada peluang untuk menempah tempat ke neraka.
 
Terlalu ramai antara kita dah tempat tempat masing-masing. Pelakon, pengarah, penulis, pekerja dan akhir sekali tak juga ketinggalan kepada kita yang menonton. Di rumah atau yang tengok kat lap top macam aku. Yalah tak mahu berebut-rebut nanti kehabisan tempat ya tak.

Adegan-adegan yang dipertontonkan oleh mereka tak sepatutnya ditunjukkan macam tu. Lepas tu nanti korang pasti tanya;

"Dah novel dia tulis macam tu kena lah ikut, kalau tak nanti tak bestlah"

Dan aku pula akan jawab;

"Yang guna novel tu kenapa, kan banyak lagi novel lain yang tak perlu pun para pengarah selitkan adegan di atas katil. And kalau betullah pengarah filem ni seorang yang kreatif, boleh ja dia ubah cerita ni tanpa perlu menunjukkan secara nyata perbuatan mereka. Itupun kalau dia kreatiflah"

Ada peluang untuk memfitnah agama

What? Korang jangan tak tahu, sebenarnya kita ni selalu ja buat fitnah terhadap agama. What is Fitnah? Fitnah ni bila kita cakap sesuatu yang tak betul tapi kalau dalam movie Bicara hati ni fitnahnya ditunjukkan dengan Perbuatan.

Berlaku fitnah terhadap agama bila watak Zahlia dalam Bicara hati ni tak mengenakan tudung bila dia berjumpa dengan abang iparnya Kimi masa dia tengah borink-borink dekat rumah. (Kalau tak silap episod 3 atau 4). Yang menimbulkan kemuyskilannya adalah bila lepas tu semua family Shah tu breakfast, tetiba pula Zahlia ni pakai tudung. See, what the hell dia perlu pakai tudung depan ahli keluarganya yang lain yang ada bapa mertua, adik-adik perempuan, mak mertua dan 'abang ipar'. Tapi dalam scene sebelumnya sesedap borak dengan abang ipar dia tak pakai tudung. Camonlah pengarah, kalau tak tahu hukum jangan main hentam saja, and at last kan dah buat fitnah kat agama.

Jadi saya nak perbetulkan apa yang silap di sini. Apabila kita bersama dengan ipar duai, mereka akan jadi mahram sementara kita. Means kita masih kena menutup aurat depan mereka sebab boleh ja terjadi mereka bercerai dan berkahwin dengan ipar duai. Jadi bila dengan ipar duai yang bertentangan jantina kita kena tutup aurat, tapi Zahlia, depan bapa mertua tak payah pakai tudung. Sebab sampai bila pun dah jatuh hukum kita haram nak kahwin dengan mereka.



Banyak benda lagi yang saya nak ulas. Tapi takut pula nanti sedih pula mereka-mereka yang dah berusaha memoviekan novel-novel ni. Hahahaha..









Wednesday 18 January 2012

Asma Allah-by Sami Yusuf

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah setelah bersusah payah mencari lagu ni, akhirnya saya boleh juga download dan insya allah akan jadi ringtone hp saya. ^___^

Susah taw saya nak cari videonya. Nama lagu ni pun saya tak tahu. Agak beberapa lama jugalah saya ambil masa untuk cari lagu ni. And thanks God ada housemate yang tahu lagu ni. Dia yang bagi tahu.

And tadaaaaa (Asma Allah by Sami Yusuf)



Saya sediakan liriknya yang diambil dari laman ni, so tingkatkan keimanan anda:

Raheem, Kareemun, 'Adheem, 'Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Lateef, Khabeerun, Samee', Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra'uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha'fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu'izzu a'izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib duýaa'ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa

Dan disediakan videonya juga taw =)

Video ni saya ambil macam korang juga... Youtube. Creditnya diberikan juga. *..* ni ha click kat sini

Tuesday 17 January 2012

Lelaki seperti Lukman Hakim

Assalamualaikum =)



Hai handsome and cute girl. Sihat? Insya allah sihatlah kan kalau dah berjalan melihat blog yang tak vogue ni. Ehemm.
Sekarang ni teman-teman kuliah, teman-teman serumah semua sedang asyik berbincang tentang topic Hot. Nak tau tak apa topik hotnya? Mestilah pasal perkahwinan. Even lecturer pun dah banyak yang suruh kami mula kahwin. Tapi yalah excited macamana pun marriage is not the end of a life. It a new starting point. A new life yang mana kita kena berkongsi sesuatu dengan orang yang berbeza jantinanya, cara makannya, cara tidurnya, cara beribadahnya, cara bersosialnya. Lagi banyak benda yang kena fikir. Tapi saya tak pula nak kata yang saya tak nak kahwin. Saya pun nak juga menyempurnakan agama, nak juga memperbanyakkan pengikut Rasullah.

Nak tau tak lelaki macamana yang saya nak? Gatal aja nak letak-letak ciri lelaki yang diinginkan ^____^ (untuk 21 tahun keatas, saya 22 tahun) .. hehe

Kalau saya diberikan pilihan dan insya allah lelaki macam ni lah yang saya harapkan.

1. Lelaki yang macam Bapa saya
Saya rasa bapa saya is one of the best father in this world. Bapa aku ni jenis yang berhati lembut. Dia mudah tersentuh untuk benda-benda kecik. Sensitiviti yang tinggi itu menurun dengan baik kepada saya. Yehaaa.. Bapa saya kalau ke pekan, apa benda yang dia makan dekat pekan biar tak banyak duit sekalipun beliau akan try untuk dapatkan benda yang sama untuk dibawa pulang ke rumah. Insya allah Bapa saya juga seorang yang romantis. Mama saya lately dah mula diserang kenaikan gula yang tinggi dalam darah. Sekali tu, saya teman bapa pergi pekan, dan tersentuhnya saya bila beliau bersungguh-sungguh mencari something yang kurang kandungan gulanya. Nak nangis pun ada taw. sob. sob. Sayang bapa saya.

Jadi saya mengharapkanlah dapat dijodohkan dengan orang yang macam bapa saya. Miskin takpa. Duit boleh dicari. Tapi kasih sayang yang utuh untuk anak dan isteri dalam tempoh yang sangaaaaaaaaaat panjang adalah apa yang saya harapkan.



2. Lelaki seperti Lukman Hakim
Followers-followers sekalian mesti biasakan dengan surah Al-luqman. Pernah tak baca surah translate surah ni? Alhamdulillah saya pernah belajar bahasa arab and saya bolehlah faham sedikit sebanyak apa yang terkandung dalam surah ni. Diceritakan bahawa surah ni adalah pesanan Lukman Al-Hakim kepada anaknya dan berikut antara pesanannya:

1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT. 

2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 

6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

see, cool kan lukman al-hakim ni. Kalaulah ada jejaka seperti ini =)
p/s: ni saya copy dari laman blog ni,  thanks pada empunya blognya.


3. Lelaki yang boleh bawa saya ke syurga

Wahai lelaki, saya mewakili perempuan ingin katakan
"Jangan sentuhi aku biar hanya pada hatinya apatah lagi pada zahirnya. Ambillah aku dan sucikan hubungan kita dengan satu ikatan yang sah. Aku akan berusaha untuk memberikan khidmatku yang terbaik kepadamu dan keluargamu dan rakan-rakanmu. Dan andai takdir menentukan aku dimadukan maka aku akan berusaha untuk berbaik-baik dengan isteri-isterimu, dengan harapan payung emas menungguku di akhirat kelak.
Suamiku, andai nanti kita berkeluarga tegurlah aku andai ada kesalahanku. Wahai suamiku walaupun ada keculasan dalam keluarga kita peganglah pada kata-kataku ini, Pegang tanganku dan bawalah aku ke syurga.



Saturday 14 January 2012

Memasak dihujung minggu

Assalamualaikum :)
Hai semua. Semua macam ramai sangat pula follower kita di blog ni. Hari tu dah janji untuk upload gambar masakan di hujung minggu dan ini lah mereka. Tak hebat sangat tapi saya rasa bangga sebab ianya hasil usaha bersungguh-sungguh teman serumah dari membeli-belah di Tamu Tuaran sehinggalah ke mencuci pinggan. Horrayy ada orang tolong cuci pinggan. Dah penat sangat ni *..* (rolling eye)

Menu 1:
Kerabu jantung pisang - credit diberikan kepada Mak De yang bagi kami jantung pisang.



Menu 2 :
Lokan masak dengan daun kunyit


Menu 3 : Tiram masak lada



Kami juga ada extra makanan sebagai pencuci mulut, macam kaya ja kan ada pencuci mulut ^..^


okay dah penat. Saya nak tido sambil didendangkan music tarian singa depan rumah saya :)


Adat tuan rumah

Assalamualaikum...




Apa khabar? Hari ni ramai sangat tetamu yang datang rumah kita. Nak bagitahu ni yang kita dah duduk dekat rumah sewa. Tak duduk hostel dah. Bukan result teruk kah apa, ni pasal ruang-ruang yang ada sudah dipenuhi oleh junior-junior, jadi kitorang yang agak dah bangka-bangka ni diajar untuk hidup berdikari di rumah sewa. Nak saya upload gambar rumah sewa ya ^..^

Isnin ni ada rakan yang nak datang berkunjung. Gembiranya. Kami satu kelas kira dah cadang akan jemput menjemput ke rumah sewa masing-masing. Jadi for the first round, rumah kami dulu yang akan dijadikan tempat bertandang. Adat orang bertandang kami kenalah buat persiapa sikit ya tak. Jadi esok nak ke Tamu Tuaran untuk mencari bahan-bahan masakan:

Menu 1: AYAM MASAK MERAH
Barang-barang yang diperlukan ialah:
Ayam 1 ekor ja rasanya sebab bahan-bahan yang lain kitorang dah beli sebelum ni. Sebenarnya bukan tak tahu nak masak ayam masak merah tapi takut tersalah resepi dan saya rujuk ke laman ni

Menu 2: PAJERI NENAS
Barang-barang yang diperlukan ialah:
Nenas i biji, udang kering, kulit kayu manis, bawang-bawang, halia, rempah kari, santan, gula merah, kerisik. Minyak semua tu tak perlu kot saya tulis, saya tahu semua orang pun tahu kan masak pajeri nenas.
Tapi kalau ada yang baru nak belajar memasak, takpa boleh taip ja dekat google dan insya allah keluarlah. Untuk memudahkan urusan korang, aku bagi satu link yang berasaskan resepi chef hanieliza.

Menu 3: NASI PUTIH
Hahahha.. sorry lah. Rumah sewa kita ni masih kosong lagi. Tak menyempat nak pergi membeli belah alatan dapur. Eh tak sebenarnya tak da duit nak beli alatan dapur. Kan takda elaun lagi kan. *..*

Menu 3: SAMBAL GESEK
Percaya atau tidak yang saya tak pernah pun sampai Negeri Sembilan. Asal usul sambal gesek. Saya tahu nak buat sambal gesek ni dari salah seorang lecturer kat IPGM Kampus Kent, Puan Jauyah namanya. Dia yang ajar dan nilah cara-cara nak buat:
1. Cuci ikan bilis dalam segenggam macam tu bergantung pada jumlah orang yang nak makan
2. Cuci bersih-bersih sebab bilis kan selalunya sangat berpasir
3. Tumbuk dengan lesung, tambah dengan cili padi.
4. Potong kasturi dan tambah ja dekat ikan bilis yang dah dilumatkan
5. Kalau nak lagi cantik dan lagi sedap boleh letak tomato dan cili padi tadi tambah juga dengan yang masih mentah, Jadi warnanya agak berbeza-beza.
6. Baca Bismillah insya allah sedaplah tu ^_^

Okay tu ja, insya allah kalau dah masak nanti kita akan upload. ^..^