Saturday 12 January 2013

HTC berbanding HP yang lain




Assalamualaikum...

Hampir beberapa bulan saya tak pernah update blog. Busy dengan kerja untuk jawatankuasa penyelidikan tindakan seterusnya peperiksaan dan kemas kemas kemas barang dan tada aku da terperuk di kampung untuk beberapa bulan demi menunggu posting. 

Sementara dok rumah ni aku baru ada kesempatan nak explore hp baru HTC HD2 yang diperolehi dengan harga yang agak meletop bagi seorang student. Tipu. Aku dapatkan hp ni dengan harga 98% discount. Kira sendirilah. Kalau beli tanpa discount besar macam ni memang terbeliak mata sebab HTC harga memang mahal. Dan dan kesibukan dalam penghujung pengajian menyebabkan aku x sempat nak explore pun hp baru ni. Ni nak tunjuk picture hp aku punya. 



 Dan setelah aku mengexplore hp ini dengan mendalam, dan aku rasakan hp ni sangat hebat. Awesome... Tapi sebelum aku ada hp ni pun aku dah memang suka dengan htc. mengapa? Ni beberapa alasannya: 

1. Sebab Mr K suka htc dan ada buat beberapa entry berkaitan dengan htc. Aku pula suka Mr K. Bila Mr K suka htc jadi aku pun jadi macam tersuka dengan htc. Oh, cinta itu buta kan. Tapi aku x cinta Mr K. Aku suka baca entry-entry dia ja. Dan untuk mereka yang tak kenal Mr K ini blognya Blog Mr K. 

2. Sebab HTC menggunakan Microsoft. Bila guna Microsoft dan lap top pun hanyalah Dell yang juga Microsoft maka ianya menjadi semacam satu kemudahan yang sangat dan sangatlah awesome bila lap top tak bawa dan kena buat presentation dalam kelas. (situasi ni biasa ja terjadi dalam kelas kami)

3. Kamera Htc ni juga sangat dan sangat best. Tapi ianya taklah sehebat iphone 4s yang kameranya biar di zoom dengan sangat tinggi tapi masih tak pecah. Tapi ni juga tak bermakna htc tak boleh nak zoom. Boleh ja htc ni zoom cuma akan nampak noise yang kecil-kecil pada gambarnya. Yang penting htc ni boleh edit setting kamera contohnya ISO, white balance, dan sebagainya. 

ni contoh picture yang aku captured menggunakan HTC HD2:


 Gambar anak buah sulung : credit to Nur Amirah Syuhadah

Hp baru ni juga sangat mudah bagi aku untuk tengok message yang baru tiba. Before ni hp yang ada perlu cek kalau ada message baru atau tidak. Dan untuk htc ni akan ada lampu hijau yang blinking untuk bagitau kita bahawasanya beberapa message baru telah diterima. Yeha..

Oleh kerana aku merupakan ex pelajar maths, jadi adalah beberapa pengetahuan berkaitan dengan screen yang baik. Golden ratio adalah konsep yang digunakan oleh para pereka bagi memastikan screen yang dicipta adalah dalam keadaan yang palling cantik. Apa itu Golden ratio? Golden ratio ni adalah ratio atau nisbah lebar kepada panjang screen tu sebanyak 1.61803398875. Kewujudan golden ratio ni menjadikan picture tak terlalu lebar atau tepatnya tidak menjadikan kita gemuk, tinggi atau pendek. 

 
Credit to Leonardo De Vincci yang temui Konsep Golden Ratio


Lumrahlah kehidupan bila ada kekuatan pasti akan ada kelemahan. Kelemahan utama hp ni adalah pada textingnya. Banyak ja terima complain kalau message dr hp aku terutamanya yang bernombor memang akan ada space yang besar besar dan luas.

Okla. Tu ja yang mampu untuk dikatakan buat masa ini. Sebelum tu aku nak bagi link untuk video HTC HD2. Buka link dekat sini ya HTC HD2.

P/s: Hp ni dah terjatuh sekali hari tu. Jatuh pula atas jalanraya berturap. Adalah beberapa kesan.
















No comments:

Post a Comment