Saturday 12 January 2013

Mendaki Gunung Kinabalu (Part 2)

Assalamualaikum... 

Selamat tengahari. Alhamdulillah dah siap masak, kemas dan makan jadi kita sambung dengan Part 2. Part 1 dah selesai dengan proses urusan untuk mendaki gunung kinabalu. So, untuk part 2 aku akan ceritakan berkaitan dengan persiapan sebelum mendaki gunung kinabalu atau ayat lebih mudahnya adalah barang yang akan kita perlukan.

Pakaian yang diperlukan: 

1. Oleh kerana suhu di puncak gunung kinabalu sangat sejuk, maka adalah wajib untuk kita menyediakan pakaian yang tebal. Tapi untuk pakaian ni, silalah pilih pakaian yang tahan haba tapi tidak berat. Baju yang berat hanya akan buat anda rasa nak campak ja baju tebal tu on the way dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Confession, first time naik 2011 tu memang berat sangat baju yang aku bawa. Tapi kali yang kedua aku bagi ja dengan pak cik guide kitorang... Lenggang kangkung ja la. 

2. Pakaian sukan sebanyak 3 helai maksimum. Seluar pula hanya 2 pasang kot. Tapi kena pastikan seluar tu salah satunya kena tebal. Lagi satu pula pakai seluar yang nipis ja tapi tutup aurat la. 

3. Bagi perempuan *yang bertudung* silalah pastikan bawa 3 helai tudung yang mana aku lebih suggestkan untuk bawa tudung yang main sarung ja. Tudung shawl tu kan kena cucuk dengan banyak jarum. Perjalanan yang mencabar memang akan menyebabkan rambut korang keluar. Lagipun tudung yang main sarung (tudung ekin tu) kita tak payah nak iron lagi... Kemasla sikit. 

                          
                         Tapi tak payah bawa tali lah. Banyak tali on the way naik (jemu) ^_^

Kasut dan stokin: 

1. Tak payah menyusahkan diri bawa beberapa kasut (tak taw penjodoh bilangan kasut). Cukup dengan bawa satu kasut ja dan beberapa helai stokin (3 helai cukup). Kasut tu pula pastikan ianya mempunyai tapak yang masih bercorak. Kalau tak memang payah waktu nak turun dari puncak. 

Makanan:

Untuk makanan sebenarnya adalah subjektif. Sangat subjektif. Kenapa? Sebabkan badan kita dan selera kita manusia ni sangat berbeza. Ada yang boleh telan makanan ni tapi tak boleh nak telan makanan tu. Cuma ni ada beberapa contoh makanan yang aku suka makan masa mendaki gunung: 

1. Cokelat - Cokelat atau Chocolate sangat sedap. Haha. Kena pula kalau cokelat yang besar dan ada kekacang. Merapu apa ni... Pandai-pandailah cari kenapa cokelat baik . 

2. Kismis atau di kampung saya dipanggil sebagai raisin. Cool kan org kampung aku? Hehe. 

3. Pisang - pisang ni korang tak payah bawa dari rumah atau on the way ke kundasang. Sebab masa korang nak naik gunung tu, korang akan dibekalkan dengan satu beg makanan as ur breakfast. Tapi tak banyak. Jadi untuk ke puncak, korang tapau siap - siap masa makan malam dekat Laban Rata. Situ banyak pisang. Dan kami pun semua curi banyak pisang... 

4. Air glukosa - kalau penat cepat peroleh tenaga semula. Aku tak bawa tapi abang ipar aku ada bawa. Dan dia sangat kuat dan gagah masa mendaki tu. Laju ja. 

Info Penting: Dalam beg sarapan tu ada dibekalkan apple sekali. Trust me, korang tak kan menyesal makan apple tu sebab rasa apple dekat gunung kinabalu semacam manisnya. Sedap. Beza dengan apple di tanah rata. 

p/s: akulah yang makan pisang di puncak gunung kinabalu sebab lapar. 

                                                
   
                                                          makan pisang di puncak yang sejuk itu cool ^_^

Ubat-ubatan: 

1. Sediakan ubat yang korang wajib bawa bagi mereka yang menghidapi penyakit. Kalau takda penyakit bawa yang biasa ja itupun boleh share dengan group member (panadol, ubat panas dan etc). 

Selain dari itu: 

okay aku rasa macam malas dan nak tulis point dan terang. Ni bukan exam ya tak? Dan korang pun pandai ja nak paham apa yang aku cerita. Jadi aku bagi point ja. 

1. Lampu kepala (beli kedai murah ja. Tak payah nak bergaya sangat)
2. Sarung tangan. 
3. Snow cap. (optional) 
4. Beg plastik untuk cover pakaian dalam beg kalau hujan. 
5. Kalau hujan atau tak hujan Wajib! bawa baju hujan. 

*Untuk perempuan, kalau rasa dah dekat nak kena (tu) bawa siap - siap sebab aku tak pasti dekat laban rata tu ada atau x jual benda tu. 

Okay, part 2 dah selesai. Insha allah kalau ada yang terkurang aku akan update. 

p/s: Korang kena taw Laban Rata ada kedai. Tapi kedai dia jual satu tin sprite harga RM10+. 

                                 

Sedikit lagi akan tiba ke tempat penginapan. Tapi dah lelah. ^_^ yang penting gembira. 

No comments:

Post a Comment