Monday 26 December 2011

Kenapa akhirnya terpaksa PONTENG

Assalamualaikum...



Semester baru dah nak buka. Result gempak atau tidak semacam tiada siapa akan peduli. Kata merekalah tapi siapa tahukan sebenarnya hati tak pernah tenang semenjak menyerahkan kertas soalan kepada pengawas exam. Terasa? Of course terasa.

Oleh kerana semester baru nak buka, maka amat tipikallah untuk kita buat moto kehidupan yang baru walaupun moto tahun lepas masih tak tecapai lagi. Aku rasa moto aku tahun ni 'Tak nak ponteng'. Wooo, jangan kata aku selalu ponteng, tak bukan sebenarnya. Ni kerana aku rasa selalu ja letak moto yang benar-benar kita nak tapi see tinggal 4 hari lagi nak 2012 tapi moto 2011 masih tak tercapai. Jadi kan lagi bagus kalau letak ja sembarangan moto. At least adalah juga nak letak kalau orang minta biodata. Hahaha. Macam teruk ja umur 22 ada lagi orang minta biodata.

Berbalik kepada tajuk 'kenapa akhirnya terpaksa ponteng'.

Bila kita berada di peringkat ketiga pendidikan (bagi yang takda tadika) bagi yang ada tadika kira peringkat keempatlah, majoriti pelajar dah mula pandai ponteng kelas. Kalau dulu waktu aku fresh dari sekolah agama, aku rasa macam teruk ja orang yang asyik ponteng kelas. Tapi ya masa mematangkan kita. Sampai satu keadaan aku sedar ada ja orang yang ponteng tu mempunyai alasan yang kukuh dan antaranya ialah:

Orang dipulaukan
Orang kalau dah dipulaukan sapalah yang nak datang kelas lagi. Tambah pula kalau satu kelas tu pulau dia. Nak pula diminta buat individual presentation. Cukup terasa beb dipulaukan. Takda siapa nak tengok melainkan pensyarah tu pun kalau dia dah jeling-jeling mahu ja kencing dalam seluar. Aku kalau macam ni memanglah hati 0% untuk datang kelas dah.

Peraturan yang terlalu ketat lalu mengetatkan
Aku hairan dengan sesetangah tempat yang buat peraturan macam tak pernah fikir lumrah semulajadi manusia. Bantai ja buat peraturan. Benda ni pernah terjadi dengan aku sendiri. Masa tu anak kakak aku meninggal dunia. Kakak aku tu pula masih tinggal serumah dengan kami. Waktu baby tu meninggal masa kuliah. Allah dah beri tanda-tanda yang dia nak meninggal dah jadi aku bincanglah dgn kawan-kawan mcmana untuk dapatkan kebenaran untuk skip kuliah. You know what, jawapan yang diberikan adalah pengecualian hanya akan diberikan sekiranya kematian berlaku dikalangan parents dan adik beradik. Tapi macamana aku tak pulang kalau kematian tu berlaku dalam rumah sendiri. Penduduk kampung yang sangat primitif sudah pasti akan menyoal ketiadaan aku. Tak maw lah kena band oleh orang kampung. Jadinya aku ponteng!!!

p/s: Bukan untuk menjatuhkan individu. ^..^

Bila sesi dalam kuliah atau kelas sangat membosankan
Ni satu juga yang membuatkan orang ponteng. Kalau sekadar tengok seorang guru bercakap lepas tu kau nak menyampuk sikit pun dah lecturer tu sound memang wajiblah pontengkan. Ya lah aku tahu dalam keadaan yang macamni bersyukurlah kalau kau tahan tak mengantuk. Mengantuk adalah benda paling tak best. Penyelesaian termudah adalah tidoo. Dari tido bagus tak payah datang kelas, ya tak.Hahaha. Aku tahu pemikiran kita sama ja semua. Untuk yang ni aku pujilah lecturer dan pengurusan IPGM. Ketiadaan sesi kuliah yang berasingan dengan tutorial mcm u membuatkan alasan ini tidak boleh diguna pakai. Hahaa. Semua lecturer bagus dan payah untuk mengantuk.

Tapi remaja dan kebodohan amat payah untuk dipisahkan. Remaja dan monyet-monyet. Kalau dah alasan cinta tak kesampaian digunakan untuk ponteng kelas itu memang bodoh. Yalah pisang bukan sebiji, monyet bukan seekor. Banyak ja lagi yang boleh dijadikan mangsa. Hahahahhaa. Aku untuk kali ini mengiysthiharkan aku TAK TERASA!!!







Sunday 25 December 2011

Bila ditanya tentang JODOH ini jawapannya

Assalamualaikum...

Tengah cuti semester ni ramai ja yang upload gambar bertunang atau gambar berkahwin. Jeles? Of course i'm. Siapa tak jeles kalau ada rakan yang dah mula mendirikan rumah tangga at this age. Tapi semua tu kerja Tuhan. Siapa kita untuk mempersoalkannya. Sob sob.

Soalnya sekarang bila Jodoh akan datang? Ramai yang kata 'aku nak kahwin umur 24' 'aku nak kahwin lepas habis study' tak kurang juga kata 'aku belum bersedia nak kahwin'. Tapi setelah diperhatikan yang nak kahwin 24 akhirnya kahwin pada 30 tahun, yang nak kahwin lepas habis study rupanya 'terpaksa' kahwin semasa study dan akhirnya bercerai, dan yang kata aku belum bersedia untuk kahwin sememangnya tak kahwin-kahwin. Setelah melihat semua situasi ini, aku mula keliru. Bila sebenarnya kita mahu berkahwin. Orang kata kalau nak kahwin tunggu habis belajar dulu, kerja, ada duit dan yalah sambung zuriat banyak-banyak. Tapi menjadi persoalannya kenapa ada ja yang bahagia walau kahwin masa study. Benda ni membuatkan aku pening dan membawa aku bertemu seseorang yang aku kira baik budi bahasanya dan boleh dipercayai.

Persoalan yang aku tanyakan amat mudah. 'Bila sepatutnya kita berdoa untuk kahwin'. Dan orang yang aku temui menjawab dengan amat ringkas dan inilah salah satu jawapannya iaitu:

'Berdoalah untuk Jodoh. Itu tidak salah. Tapi doanya yang terbaik adalah seperti ini AKU MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH, PERTEMUKANLAH AKU DENGAN JODOHKU, IKATLAH KAMI DENGAN IKATAN YANG HALAL PADA MASA YANG SESUAI DAN TERBAIK UNTUK KAMI BERDUA'.

See. Orang ni memang menyentuh kalbu kata-katanya. tak banyak yang ingin aku ulas tentang dia yang beliau ajarkan, cuma satu iaitu pada masa yang sesuai dan terbaik buat kami berdua. Why kena masa terbaik? Mestilah sebab mungkin ja masa yang kita tetapkan bukan masa yang terbaik buat kita dan pasangan. Mungkin masa tu salah seorang masih belum mampu, persiapan belum mencukupi. Mungkin juga masa korang terfikir nak kahwin tu mak mertua kau masih tak redha kau ambik anak dia. Nak jadi anak derhaka? Perkahwinan tak direstui? Just say no, no.

Saya tinggalkan anda ruang untuk berfikir.Hehehehe..

Thursday 22 December 2011

Bersederhanalah kita

Assalamualaikum...

Hye Handsome and ayu people... :) Sapa yang tak handsome dan tak ayu mungkin terasa. Jadi tak boleh ketepikan you all semua. Hye tak handsome and tak ayu people tapi hati bersih dan DBKL boleh bagi huruf A. Bagus tak saya?? Memanglah sebab orang puteh dah pesan DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER. Saya puteh jadi saya setuju dengan pepatah ni.

Ehem, throat clearing.

Mesti pernah dengar pepatah "Dan janganlah engkau terlalu mencintai kekasihmu kerana mungkin suatu hari nanti kau dia akan menjadi musuhmu, Dan janganlah engkau membenci Musuhmu kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi kekasihmu". Sweet tak gaduh-gaduh lepas tu gedik-gedik bercinta. Heee.

Ini bukan hadith!!! Ini adalah pepatah daripada Saidina Ali. Yang mana diselitkan satu moral yang tinggi iaitu Bersederhanalah dalam semua keadaan. Kerana terlalu cinta sehingga setiap kali buat status yang jiwang tapi last-last break juga. Malu ja dapat. Ahaaaaa..

Korang pernah tak jumpa creature-creature yang mudah sangat dapat musuh dan berdendam. Senang kata dia mudah sangat benci orang dan kalau dah benci sangat benci sehingga langsung tak boleh dengar orang yang dibenci tu bercakap betul, tak boleh nak tengok muka orang yang dia benci dan banyaklah? Pernah?

Sebenarnya orang macam ni mempunyai masalah dari segi psikologi. Mereka mempunyai rasa benci yang amat tinggi. Kalau kita perhatikan kadang-kadang punca kebenciannya hanyalah benda yang kecil contohnya orang tu tersilap cakap, terkuat suara. Tapi tak ada pun rasa tahu yang manusia ni memang akan terbuat salah. Kalau secara logiknya setakat benda kecik macam ni tak patut sangatlah untuk dijadikan alasan membenci.

Kalau korang yang membaca ni mempunyai sifat yang mudah membenci macam ni, cuba fikir, besar sangatkah kesalahan individu tersebut sehingga marahnya berapi-api. Take it easylah.

Okay saya pula yang hangin. I'll stop now before saya menjadi shrek hijau yang menjijikkan.

Perkataan Misteri dalam Bahasa Malaysia

Assalamualaikum...

Hey ... Big smile, all :)

Bahasa Malaysia ni antara bahasa yang pelik atau saya yang pelik. Semenjak saya melintas satu jalan untuk ke sekolah dan hhari-hari papan tanda AWAS menjadi perhatian saya. Tau kenapa? Sebab saya sentiasa terfikir untuk membacanya dari belakang or backward. Means dari AWAS kepada SAWA.. Jangan persoalankan SAWA mempunyai makna atau tidak kerana Mostly SABAHAN akan menyenyapkan bunyi h . so sawa means sawah.

Semenjak dari hari tu, aku mula mencari perkataan lain yang apabila dibaca dari depan atau belakang masih mempunyai makna. contohnya nama AMINAH akan menjadi HANIMA apabila dibaca dari belakang. Aku rasa perkataan yang mempunyai ciri-ciri ini adalah unik. Setuju? Thanx sebab Aminah is my name. classic?

Mencari dari tahun ke tahun lalu aku pun meningkat dewasa. Melangkah ke alam persekolahan yang kedua. Sekolah Menengah. Bahan bacaan pun semakin meningkat dan i found something. Perkataan yang mempunyai 5 huruf dan dibaca dari depan dan belakang adalah sama. Dan setakat ini, perkataan yang mempunyai ciri ini yang aku temui adalah seperti berikut:

MALAM
KATAK
KAPAK

ada beberapa lagi tapi dah lupa. Kalau korang jumpa then bagi aku tahu.

Aku sebenarnya terfikir kenapa tak ada ahli bahasa yang memikirkan ciri-ciri misteri ni? Mungkin bahasa lain tak ada ciri-ciri ni. Atau aku kah yang ketinggalan. Atau aku kah orang pertama yang menemuinya? or sungguh saya keliru...


Takut Tuhan atau takut Harimau

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak menjengah ke laman blog ni. Sihat?? Kalau sihat Alhamdulillah. Kalau tak sihat berehat jangan makan panadol, nanti imunisasi badan makin turun. (tak percaya??, ok fine boleh ja tak percaya sebab I'M NOT A DOCTOR.

Ni aku nak cerita satu cerita yang aku rasa boleh menambahkan rasa malu kita untuk tidak beriman kepada Allah.

Ceritanya begini,

Pada zaman dahulu (or in english, once upon a time) adalah seorang guru agama yang sangat tinggi keimanannya kepada Allah. Dia menjalankan aktiviti mengajar agama di rumah secara sukarela. Terlalu ramai murid yang mengikuti kelas yang diadakannya dan salah seorang daripadanya bernama Adam. (aku letak ja nama Adam sebab aku rasa nama ni hensem).

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, Tok Guru ni mengajak Adam menemaninya ke hutan untuk mencari beberapa herba untuk tujuan perubatan. Minggu depan topik yang nak diajar adalah perubatan herba dan sebagai seorang 'guru yang baik', tok guru kenalah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan awal seminggu.

Dan masuklah Adam dan Tok Guru ke dalam hutan. Mereka berjalan sehingga ke tengah hutan belantara sehinggalah Adam meminta Tok Guru untuk berhenti.

Adam       : Tok, rasanya kita perlu keluar dari hutan ini.
Tok Guru : Eh, kenapa pula. Herba yang tok perlukan masih belum kita temui.
Adam       : Tapi tok kita kena keluar sekarang. (dengan muka pucat)
Tok Guru : Kenapa ni, cuba bagitahu Tok.
Adam       : Tok, ni (menunjuk ke tanah). ni kesan tapak kaki harimau
Tok Guru : Jadi?
Adam       : Saya takutlah tok. Nanti dibahamnya kita.
Tok Guru : Kalau begitu marilah kita pulang.


Korang dapat tak moral of the storynya? Sebenarnya disini nak tunjukkan kita bila dah lihat tanda harimau pun kita dah takut dibaham. Sedangkan tuhan?? Allah yang menciptakan kita? Berapa banyak tanda-tanda keaggungan tuhan yang kita nampak dalam satu hari. Banyak. Terlalu banyak. Sehingga kita tak mampu nak senaraikan pun. Tapi seramai mana manusia yang ada di bumi Allah ni yang takutnya kepada Allah semakin Tinggi apabila melihat nikmat Allah...

Perempuan salah satu tanda kekuasaan Allah. Tapi berapa ramai lelaki yang apabila nampak perempuan akan menundukkan pandangan dan hatinya bertambah takut dengan Allah? Kalau ramai tak pa, Alhamdulillah. Tapi pada hemat beta, ramai juga. Tapi ramai yang mula memikirkan benda yang tak patut.