Saturday 29 October 2011

Exam Dah Dekat, makanan kena jaga

Assalamualaikum :)





Untuk budak-budak IPG, melangkah ja ke hari isnin esok maka bermulalah 'Study Week'. Masa untuk pelajar melakukan pelbagai keajaiban. Keajaiban yang memang ajaib apabila benda yang sepatutnya dibelajar selama 6 bulan tapi satu dua hari boleh khatamkan dan lebih ajaib kalau boleh khatamkan subjek 6 bulan selama satu malam. *terasa*

So untuk exam yang semakin dekat ni, bukan badan sahaja yang perlu dijaga banyak lagi selain dari tu, Ketuhanan, permakanan dan sebagainya. Oleh kerana kebanyakan student Malaysia ni jenis yang belajar untuk exam maka penghafalan adalah amat penting dan hari ni aku tulis serba sedikit tentang makanan yang baik untuk otak dan hafalan.

1) makan telur

Sebut telur ja mesti gadis-gadis akan mengedik. kata telur busuklah, telur buat bau kentutlah, telur menggemukkan. well semuanya terserah kepada anda. Cuma aku nak bagitahu telur mempunyai vitamin B12 yang penting untuk otak. Kalau tak mahu kesan negatif makanlah sebiji satu hari. Kalau dah makan sampai 5 biji satu hari gajah pun lagi kecik dari kau.

p/s: dulu masa kecik (sekolah rendah) mama aku selalu ja bagi kami makan telur. Sebab tu kot masa kecik aku pandai sikit. hahaha.


2) Buah-buahan kering

Buah-buahan kering ni maksudnya buah yang bersesuaian untuk dikeringkan dan anda semua tak perlu bersusah payah mengeringkan tembikai atau buah-buahan malaysia yang lain sebab mat salleh dan pak-pak arab dah keringkan buah-buahan yang bersesuaian. Contohnya Kismis yang diperbuat daripada anggur, almond dan sebagainya. Dalam islam pun untuk para penghafal al-quran digalakkan makan kismis.

'sesiapa yang ingin menghafal hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering' Imam Zuhdi


kata-kata yang aku petik dari botol kismis Minda Al-wafi yang aku makan. Tengok, aku pun makankan.

3) Makanan yang halal lagi bersih

well, apapun semua makanan adalah baik selagi mana ianya halal dan juga bersih. Sebab apa yang kita makan tu yang akan jadi darah daging kita kan. Cuba elakkan makanan yang kurang diyakini halalnya. Jangan asyik main redah sahaja. Kemahuan menghalalkan cara tu menempah diri ke neraka.


Cuma ada beberapa makanan yang kita mesti lupakan untuk masa-masa dekat nak exam ni contohnya:

- benda-benda yang masam (macam jeruk, mangga, jambu-jambu) 
- makanan ringan 
- meggi (biarpun dah tak da duit, tebalkan muka minta duit dengan parents, sebab magee ya korang pun tahu kan betapa buruknya dia kepada badan manusia) 
- Kepala ikan (ni mitos atau betul aku tak tahu, tapi orang tua-tua selalu pesan jangan makan kepala ikan nanti pelupa) 


Ni aku tulis tips permakanan ni bukanlah nak support idea korang untuk menghafal fakta (aku tak terasa, tak terasa), tapi share something yang baik kan satu ibadah juga. 

Good luck exam semua....  

Mendoodle Di Hujung Minggu

Assalamualaikum ... :)

Hari ni dah hari ahad. Bagi student yang tengah berseronok bercuti start jam 12.00 tengah hari kurangkan keseronokan dan mula timbulkan perasaan bersedia untuk sesi kuliah jadi esok taklah moody memanjang, kata monday blues.  

Untuk hujung minggu yang sangat menggembirakan ini, aku telah memulakan beberapa aktiviti mendoodle menggunakan Paint Tool SAI. Dan tadaaaa, inilah hasil aku yang tidak seberapa berbanding mili milo yang boleh lukis dengan comel dan bermesej... :)

Hasil pertama:
Lukisan yang pertama ni, didedikasikan untuk mereka yang masih berada di rumah. kira gambar peringatan bahawa mereka kena balik hostel hari ni.


Hasil kedua:



lukisan yang kedua ini adalah berdasarkan kepada kesakitan yang aku alami apabila turun tangga setelah berjaya mendaki Gunung Kinabalu. Nasib baik tangan tak sakit, jadi masih boleh melukis biarpun tak lawa :)


Hasil ketiga:
Lukisan ketiga yang kini menjadi profile picture fb saya. hehehehehe...


Rasanya melukis perempuan lebih senang dari lelaki. Kenapa lukis lelaki susah sangat. Bila tengok mili milo lukis perempuan comel sangat tapi lelaki dia agak ... hehe..

P/s: Exam dah dekat, mak kata nanti kalau tak dapat jawab, minta kartun yang jawab.


Friday 28 October 2011

Selamat Berhari Minggu

Assalamualaikum... :)

Dah jawab salam? Tak jawab berdosa tau, kalau jawab kena sayang.




Euwwwwwwww...

Selamat berhari minggu semua.

Blogger berbohong

Assalamualaikum...:)

Ini adalah entry ketiga aku untuk hari ini. Macam tak da kerja lain kan. Hehe. Tapi tidak mengapa sebab ini blog aku bukan blog orang lain. Hehe.

Entry pertama aku adalah pasal blog lama VS blog baru. Bercakap pasal blog lama, tadi aku memantau sebentar ke sana. Langsung tidak ada perubahan melainkan shoutmix chat.


Berdasarkan kepada setting yang dah tak tentu, aku amatlah pelik melihat apa yang mereka tuliskan. Dan dengan ini, wahai blogger sekalian, kalau buat blog walking sekalipun bersederhanalah dalam berbohong. Dan sebelum aku mengundur diri, marilah hayati serangkap pantun yang aku dah tak dengar sepanjang beberapa tahun.



turun lagi...




turun...





turun...






tadaaa...







tak ada pantun?? Cuba turun lagi sikit.... ada rasanya aku tulis..










turun lagi...




real Tadaaaaa:



siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri

p/s: thanx sebab berpura-pura terkejut dengan Tadaaa... susah taw aku nak refresh balik pantun ni, tak patutlah kalau tak berpura-pura terkejut. :(

Tak Pelik Pun

Assalamualaikum... :)

sebagai blog yang baru, aku sekarang busylah memperelokkan setting blog ni, biarpun blog yang tidak seberapa berbanding blog, apa kau bilang pok... dia dah lama dalam dunia blog dan ada gaya penulisan yang menarik.

Berbalik kepada topik sebenar, 'Tak Pelik Pun'. Kenapa aku rasa tak pelik dan apa sebenarnya yang tak pelik? sebenarnya tadi waktu BW (blog walking) dan meninjau-nijau beberapa blog aku terperasan sesuatu:

ramai yang tulis diri mereka sebagai orang yang pelik sebab kononnya mereka boleh:

"menangis sambil ketawa"

cukup pelikkah mereka? Aku rasa mereka cukup tak pelik sebab dalam wayang-wayang melayu yang kebanyakannya dilakonkan oleh pelakon yang berwajah gred A tapi lakonan gred E, perkara menangis sambil ketawa adalah biasa. Kalau mereka rasa mereka pelik sebab boleh menangis sambil ketawa, kenapa ada benda-benda ni:


maksudnya orang lain pun buat benda yang sama. Contohnya, hari ini hari lahir aku. Aku pun berpura-pura lupa hari ini hari lahir aku. Dan waktu buka pintu tetiba ada orang nyanyi lagu 'Happy Birthday' dan ada kek, maka wajiblah untuk aku terharu lalu menangis sambil gembira sebab ada suprise... Hugs?? Pelik atau tak pelik?

Fahamkan kenapa aku rasa tak pelik pun. Tapi kalau ada yang masih berdegil untuk describe diri mereka macam ni lagi, sah-sah aku rasa dia pelik.

p/s: mereka pelik bukan sebab boleh ketawa sambil menangis tapi diorang pelik sebab tak tahu benda ni tak pelik pun. setujukan? siapa tidak setuju maka dia pelik juga sebab dia tak setuju tentang fakta yang benar lagi tepat. :)



blog lama VS blog baru

Assalamualaikum ... :)


Selamat memulakan lembaran baru kepada Blog ini setelah blog lama terkandas. Well, sebenarnya boleh ja aku reset setting tapi alang-alang blog tu masih baru dan cuma ada (11 followers dan 1 comment ja) jadi aku rasa lebih baik buat blog baru...

oleh kerana aku dah memulakan blog baru ni, berikut perkara-perkara yang aku rasa aku nak tulis:
- vacation (nak introduce apa yang best di Sabah dan Malaysia)
- Education (Maths dan subjek-subjek lain di sekolah rendah)
- Keagamaan
- Family
- Love
- Motivation (sebab ramai manusia yang mencari motivasi di blog, contohnya aku sendiri)
- Fakta yang jarang orang tahu tapi aku tahu (:
- Dan banyak lagi

Dan berikut merupakan perkara yang aku harap aku tak akan pernah tulis:
- Dating
- Perasaan yang perasan
- Pergaduhan
- Pencacian dan Pemakian

Tapi ini semua hanyalah apa yang aku rancangkan. Mungkin ianya akan berubah berdasarkan emosi dan pelbagai halangan. Aku harapkan aktiviti memVlog ini akan lebih mempositivkan aku sendiri serta berguna untuk orang lain. Dan untuk rakan-rakan yang terbaca atau sememangnya membaca Blog ni, thanx sebab baca blog yang tidak seberapa ni.

p/s: untuk memulakan sesuatu yang baru kita kena jadi (+)ve... kalau tak percaya tengok gambar di bawah...

bawah lagi...




bawah lagi...



bawah lagi...


bawah...


baw...


and ...



Tadaaaa...