Monday 26 December 2011

Kenapa akhirnya terpaksa PONTENG

Assalamualaikum...



Semester baru dah nak buka. Result gempak atau tidak semacam tiada siapa akan peduli. Kata merekalah tapi siapa tahukan sebenarnya hati tak pernah tenang semenjak menyerahkan kertas soalan kepada pengawas exam. Terasa? Of course terasa.

Oleh kerana semester baru nak buka, maka amat tipikallah untuk kita buat moto kehidupan yang baru walaupun moto tahun lepas masih tak tecapai lagi. Aku rasa moto aku tahun ni 'Tak nak ponteng'. Wooo, jangan kata aku selalu ponteng, tak bukan sebenarnya. Ni kerana aku rasa selalu ja letak moto yang benar-benar kita nak tapi see tinggal 4 hari lagi nak 2012 tapi moto 2011 masih tak tercapai. Jadi kan lagi bagus kalau letak ja sembarangan moto. At least adalah juga nak letak kalau orang minta biodata. Hahaha. Macam teruk ja umur 22 ada lagi orang minta biodata.

Berbalik kepada tajuk 'kenapa akhirnya terpaksa ponteng'.

Bila kita berada di peringkat ketiga pendidikan (bagi yang takda tadika) bagi yang ada tadika kira peringkat keempatlah, majoriti pelajar dah mula pandai ponteng kelas. Kalau dulu waktu aku fresh dari sekolah agama, aku rasa macam teruk ja orang yang asyik ponteng kelas. Tapi ya masa mematangkan kita. Sampai satu keadaan aku sedar ada ja orang yang ponteng tu mempunyai alasan yang kukuh dan antaranya ialah:

Orang dipulaukan
Orang kalau dah dipulaukan sapalah yang nak datang kelas lagi. Tambah pula kalau satu kelas tu pulau dia. Nak pula diminta buat individual presentation. Cukup terasa beb dipulaukan. Takda siapa nak tengok melainkan pensyarah tu pun kalau dia dah jeling-jeling mahu ja kencing dalam seluar. Aku kalau macam ni memanglah hati 0% untuk datang kelas dah.

Peraturan yang terlalu ketat lalu mengetatkan
Aku hairan dengan sesetangah tempat yang buat peraturan macam tak pernah fikir lumrah semulajadi manusia. Bantai ja buat peraturan. Benda ni pernah terjadi dengan aku sendiri. Masa tu anak kakak aku meninggal dunia. Kakak aku tu pula masih tinggal serumah dengan kami. Waktu baby tu meninggal masa kuliah. Allah dah beri tanda-tanda yang dia nak meninggal dah jadi aku bincanglah dgn kawan-kawan mcmana untuk dapatkan kebenaran untuk skip kuliah. You know what, jawapan yang diberikan adalah pengecualian hanya akan diberikan sekiranya kematian berlaku dikalangan parents dan adik beradik. Tapi macamana aku tak pulang kalau kematian tu berlaku dalam rumah sendiri. Penduduk kampung yang sangat primitif sudah pasti akan menyoal ketiadaan aku. Tak maw lah kena band oleh orang kampung. Jadinya aku ponteng!!!

p/s: Bukan untuk menjatuhkan individu. ^..^

Bila sesi dalam kuliah atau kelas sangat membosankan
Ni satu juga yang membuatkan orang ponteng. Kalau sekadar tengok seorang guru bercakap lepas tu kau nak menyampuk sikit pun dah lecturer tu sound memang wajiblah pontengkan. Ya lah aku tahu dalam keadaan yang macamni bersyukurlah kalau kau tahan tak mengantuk. Mengantuk adalah benda paling tak best. Penyelesaian termudah adalah tidoo. Dari tido bagus tak payah datang kelas, ya tak.Hahaha. Aku tahu pemikiran kita sama ja semua. Untuk yang ni aku pujilah lecturer dan pengurusan IPGM. Ketiadaan sesi kuliah yang berasingan dengan tutorial mcm u membuatkan alasan ini tidak boleh diguna pakai. Hahaa. Semua lecturer bagus dan payah untuk mengantuk.

Tapi remaja dan kebodohan amat payah untuk dipisahkan. Remaja dan monyet-monyet. Kalau dah alasan cinta tak kesampaian digunakan untuk ponteng kelas itu memang bodoh. Yalah pisang bukan sebiji, monyet bukan seekor. Banyak ja lagi yang boleh dijadikan mangsa. Hahahahhaa. Aku untuk kali ini mengiysthiharkan aku TAK TERASA!!!







3 comments:

  1. hahaha.. luculah post ne mina.. =P

    ReplyDelete
  2. OMG!!! Aku sgat like post ini!!!

    ReplyDelete
  3. Heehehee... takdalah.. sy bercakap . eh no sy menulis berdasarkan pengalaman sendiri...
    dan orang lain juga.. dtglah melawat selalu d laman x seberapa ni.. huuaaaa ^.^

    ReplyDelete