Sunday 25 December 2011

Bila ditanya tentang JODOH ini jawapannya

Assalamualaikum...

Tengah cuti semester ni ramai ja yang upload gambar bertunang atau gambar berkahwin. Jeles? Of course i'm. Siapa tak jeles kalau ada rakan yang dah mula mendirikan rumah tangga at this age. Tapi semua tu kerja Tuhan. Siapa kita untuk mempersoalkannya. Sob sob.

Soalnya sekarang bila Jodoh akan datang? Ramai yang kata 'aku nak kahwin umur 24' 'aku nak kahwin lepas habis study' tak kurang juga kata 'aku belum bersedia nak kahwin'. Tapi setelah diperhatikan yang nak kahwin 24 akhirnya kahwin pada 30 tahun, yang nak kahwin lepas habis study rupanya 'terpaksa' kahwin semasa study dan akhirnya bercerai, dan yang kata aku belum bersedia untuk kahwin sememangnya tak kahwin-kahwin. Setelah melihat semua situasi ini, aku mula keliru. Bila sebenarnya kita mahu berkahwin. Orang kata kalau nak kahwin tunggu habis belajar dulu, kerja, ada duit dan yalah sambung zuriat banyak-banyak. Tapi menjadi persoalannya kenapa ada ja yang bahagia walau kahwin masa study. Benda ni membuatkan aku pening dan membawa aku bertemu seseorang yang aku kira baik budi bahasanya dan boleh dipercayai.

Persoalan yang aku tanyakan amat mudah. 'Bila sepatutnya kita berdoa untuk kahwin'. Dan orang yang aku temui menjawab dengan amat ringkas dan inilah salah satu jawapannya iaitu:

'Berdoalah untuk Jodoh. Itu tidak salah. Tapi doanya yang terbaik adalah seperti ini AKU MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH, PERTEMUKANLAH AKU DENGAN JODOHKU, IKATLAH KAMI DENGAN IKATAN YANG HALAL PADA MASA YANG SESUAI DAN TERBAIK UNTUK KAMI BERDUA'.

See. Orang ni memang menyentuh kalbu kata-katanya. tak banyak yang ingin aku ulas tentang dia yang beliau ajarkan, cuma satu iaitu pada masa yang sesuai dan terbaik buat kami berdua. Why kena masa terbaik? Mestilah sebab mungkin ja masa yang kita tetapkan bukan masa yang terbaik buat kita dan pasangan. Mungkin masa tu salah seorang masih belum mampu, persiapan belum mencukupi. Mungkin juga masa korang terfikir nak kahwin tu mak mertua kau masih tak redha kau ambik anak dia. Nak jadi anak derhaka? Perkahwinan tak direstui? Just say no, no.

Saya tinggalkan anda ruang untuk berfikir.Hehehehe..

1 comment: