Thursday 22 December 2011

Bersederhanalah kita

Assalamualaikum...

Hye Handsome and ayu people... :) Sapa yang tak handsome dan tak ayu mungkin terasa. Jadi tak boleh ketepikan you all semua. Hye tak handsome and tak ayu people tapi hati bersih dan DBKL boleh bagi huruf A. Bagus tak saya?? Memanglah sebab orang puteh dah pesan DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER. Saya puteh jadi saya setuju dengan pepatah ni.

Ehem, throat clearing.

Mesti pernah dengar pepatah "Dan janganlah engkau terlalu mencintai kekasihmu kerana mungkin suatu hari nanti kau dia akan menjadi musuhmu, Dan janganlah engkau membenci Musuhmu kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi kekasihmu". Sweet tak gaduh-gaduh lepas tu gedik-gedik bercinta. Heee.

Ini bukan hadith!!! Ini adalah pepatah daripada Saidina Ali. Yang mana diselitkan satu moral yang tinggi iaitu Bersederhanalah dalam semua keadaan. Kerana terlalu cinta sehingga setiap kali buat status yang jiwang tapi last-last break juga. Malu ja dapat. Ahaaaaa..

Korang pernah tak jumpa creature-creature yang mudah sangat dapat musuh dan berdendam. Senang kata dia mudah sangat benci orang dan kalau dah benci sangat benci sehingga langsung tak boleh dengar orang yang dibenci tu bercakap betul, tak boleh nak tengok muka orang yang dia benci dan banyaklah? Pernah?

Sebenarnya orang macam ni mempunyai masalah dari segi psikologi. Mereka mempunyai rasa benci yang amat tinggi. Kalau kita perhatikan kadang-kadang punca kebenciannya hanyalah benda yang kecil contohnya orang tu tersilap cakap, terkuat suara. Tapi tak ada pun rasa tahu yang manusia ni memang akan terbuat salah. Kalau secara logiknya setakat benda kecik macam ni tak patut sangatlah untuk dijadikan alasan membenci.

Kalau korang yang membaca ni mempunyai sifat yang mudah membenci macam ni, cuba fikir, besar sangatkah kesalahan individu tersebut sehingga marahnya berapi-api. Take it easylah.

Okay saya pula yang hangin. I'll stop now before saya menjadi shrek hijau yang menjijikkan.

No comments:

Post a Comment