Thursday 22 December 2011

Takut Tuhan atau takut Harimau

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak menjengah ke laman blog ni. Sihat?? Kalau sihat Alhamdulillah. Kalau tak sihat berehat jangan makan panadol, nanti imunisasi badan makin turun. (tak percaya??, ok fine boleh ja tak percaya sebab I'M NOT A DOCTOR.

Ni aku nak cerita satu cerita yang aku rasa boleh menambahkan rasa malu kita untuk tidak beriman kepada Allah.

Ceritanya begini,

Pada zaman dahulu (or in english, once upon a time) adalah seorang guru agama yang sangat tinggi keimanannya kepada Allah. Dia menjalankan aktiviti mengajar agama di rumah secara sukarela. Terlalu ramai murid yang mengikuti kelas yang diadakannya dan salah seorang daripadanya bernama Adam. (aku letak ja nama Adam sebab aku rasa nama ni hensem).

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, Tok Guru ni mengajak Adam menemaninya ke hutan untuk mencari beberapa herba untuk tujuan perubatan. Minggu depan topik yang nak diajar adalah perubatan herba dan sebagai seorang 'guru yang baik', tok guru kenalah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan awal seminggu.

Dan masuklah Adam dan Tok Guru ke dalam hutan. Mereka berjalan sehingga ke tengah hutan belantara sehinggalah Adam meminta Tok Guru untuk berhenti.

Adam       : Tok, rasanya kita perlu keluar dari hutan ini.
Tok Guru : Eh, kenapa pula. Herba yang tok perlukan masih belum kita temui.
Adam       : Tapi tok kita kena keluar sekarang. (dengan muka pucat)
Tok Guru : Kenapa ni, cuba bagitahu Tok.
Adam       : Tok, ni (menunjuk ke tanah). ni kesan tapak kaki harimau
Tok Guru : Jadi?
Adam       : Saya takutlah tok. Nanti dibahamnya kita.
Tok Guru : Kalau begitu marilah kita pulang.


Korang dapat tak moral of the storynya? Sebenarnya disini nak tunjukkan kita bila dah lihat tanda harimau pun kita dah takut dibaham. Sedangkan tuhan?? Allah yang menciptakan kita? Berapa banyak tanda-tanda keaggungan tuhan yang kita nampak dalam satu hari. Banyak. Terlalu banyak. Sehingga kita tak mampu nak senaraikan pun. Tapi seramai mana manusia yang ada di bumi Allah ni yang takutnya kepada Allah semakin Tinggi apabila melihat nikmat Allah...

Perempuan salah satu tanda kekuasaan Allah. Tapi berapa ramai lelaki yang apabila nampak perempuan akan menundukkan pandangan dan hatinya bertambah takut dengan Allah? Kalau ramai tak pa, Alhamdulillah. Tapi pada hemat beta, ramai juga. Tapi ramai yang mula memikirkan benda yang tak patut.

No comments:

Post a Comment