Saturday 29 October 2011

Exam Dah Dekat, makanan kena jaga

Assalamualaikum :)





Untuk budak-budak IPG, melangkah ja ke hari isnin esok maka bermulalah 'Study Week'. Masa untuk pelajar melakukan pelbagai keajaiban. Keajaiban yang memang ajaib apabila benda yang sepatutnya dibelajar selama 6 bulan tapi satu dua hari boleh khatamkan dan lebih ajaib kalau boleh khatamkan subjek 6 bulan selama satu malam. *terasa*

So untuk exam yang semakin dekat ni, bukan badan sahaja yang perlu dijaga banyak lagi selain dari tu, Ketuhanan, permakanan dan sebagainya. Oleh kerana kebanyakan student Malaysia ni jenis yang belajar untuk exam maka penghafalan adalah amat penting dan hari ni aku tulis serba sedikit tentang makanan yang baik untuk otak dan hafalan.

1) makan telur

Sebut telur ja mesti gadis-gadis akan mengedik. kata telur busuklah, telur buat bau kentutlah, telur menggemukkan. well semuanya terserah kepada anda. Cuma aku nak bagitahu telur mempunyai vitamin B12 yang penting untuk otak. Kalau tak mahu kesan negatif makanlah sebiji satu hari. Kalau dah makan sampai 5 biji satu hari gajah pun lagi kecik dari kau.

p/s: dulu masa kecik (sekolah rendah) mama aku selalu ja bagi kami makan telur. Sebab tu kot masa kecik aku pandai sikit. hahaha.


2) Buah-buahan kering

Buah-buahan kering ni maksudnya buah yang bersesuaian untuk dikeringkan dan anda semua tak perlu bersusah payah mengeringkan tembikai atau buah-buahan malaysia yang lain sebab mat salleh dan pak-pak arab dah keringkan buah-buahan yang bersesuaian. Contohnya Kismis yang diperbuat daripada anggur, almond dan sebagainya. Dalam islam pun untuk para penghafal al-quran digalakkan makan kismis.

'sesiapa yang ingin menghafal hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering' Imam Zuhdi


kata-kata yang aku petik dari botol kismis Minda Al-wafi yang aku makan. Tengok, aku pun makankan.

3) Makanan yang halal lagi bersih

well, apapun semua makanan adalah baik selagi mana ianya halal dan juga bersih. Sebab apa yang kita makan tu yang akan jadi darah daging kita kan. Cuba elakkan makanan yang kurang diyakini halalnya. Jangan asyik main redah sahaja. Kemahuan menghalalkan cara tu menempah diri ke neraka.


Cuma ada beberapa makanan yang kita mesti lupakan untuk masa-masa dekat nak exam ni contohnya:

- benda-benda yang masam (macam jeruk, mangga, jambu-jambu) 
- makanan ringan 
- meggi (biarpun dah tak da duit, tebalkan muka minta duit dengan parents, sebab magee ya korang pun tahu kan betapa buruknya dia kepada badan manusia) 
- Kepala ikan (ni mitos atau betul aku tak tahu, tapi orang tua-tua selalu pesan jangan makan kepala ikan nanti pelupa) 


Ni aku tulis tips permakanan ni bukanlah nak support idea korang untuk menghafal fakta (aku tak terasa, tak terasa), tapi share something yang baik kan satu ibadah juga. 

Good luck exam semua....  

No comments:

Post a Comment