Friday 28 October 2011

Tak Pelik Pun

Assalamualaikum... :)

sebagai blog yang baru, aku sekarang busylah memperelokkan setting blog ni, biarpun blog yang tidak seberapa berbanding blog, apa kau bilang pok... dia dah lama dalam dunia blog dan ada gaya penulisan yang menarik.

Berbalik kepada topik sebenar, 'Tak Pelik Pun'. Kenapa aku rasa tak pelik dan apa sebenarnya yang tak pelik? sebenarnya tadi waktu BW (blog walking) dan meninjau-nijau beberapa blog aku terperasan sesuatu:

ramai yang tulis diri mereka sebagai orang yang pelik sebab kononnya mereka boleh:

"menangis sambil ketawa"

cukup pelikkah mereka? Aku rasa mereka cukup tak pelik sebab dalam wayang-wayang melayu yang kebanyakannya dilakonkan oleh pelakon yang berwajah gred A tapi lakonan gred E, perkara menangis sambil ketawa adalah biasa. Kalau mereka rasa mereka pelik sebab boleh menangis sambil ketawa, kenapa ada benda-benda ni:


maksudnya orang lain pun buat benda yang sama. Contohnya, hari ini hari lahir aku. Aku pun berpura-pura lupa hari ini hari lahir aku. Dan waktu buka pintu tetiba ada orang nyanyi lagu 'Happy Birthday' dan ada kek, maka wajiblah untuk aku terharu lalu menangis sambil gembira sebab ada suprise... Hugs?? Pelik atau tak pelik?

Fahamkan kenapa aku rasa tak pelik pun. Tapi kalau ada yang masih berdegil untuk describe diri mereka macam ni lagi, sah-sah aku rasa dia pelik.

p/s: mereka pelik bukan sebab boleh ketawa sambil menangis tapi diorang pelik sebab tak tahu benda ni tak pelik pun. setujukan? siapa tidak setuju maka dia pelik juga sebab dia tak setuju tentang fakta yang benar lagi tepat. :)



1 comment:

  1. hahahaha.. manada min.. blog tu smbarang2 sjak.. langsung tak berilmiah.. hahahhahahaah.. nice work minz.. post r entry2 best!! ^^

    ReplyDelete