Saturday 12 January 2013

Mendaki Gunung Kinabalu (Part 1)

Assalamualaikum...

Ni nak cerita ni, penghujung tahun 2012 saya dan beberapa orang rakan dan seorang abang ipar telah menyertai sebuah ekpedisi mendaki gunung kinabalu yang mana saya sendiri merupakan pengasas atau pengajur kepada ekspedisi ini...  Mukadimah macam aku adalah seorang editor majalah nerd pula kan kan.

Kitorang naik pada 1 Disember 2012 dan turun pada keesokan harinya 2 Disember 2012. Tapi dalam entry kali ni aku belum nak cerita mengenai perjalanan turun dan naik gunung kinabalu. Saja nak cerita tentang proses bagaimana untuk memastikan anda semua layak untuk mendaki gunung kinabalu. 

Dan inilah prosesnya, tadaaa:

1. Mula - mula kena cari beberapa orang rakan. Kalau sorang - sorang nanti dapat status Forever alone. X standardlah. Hee. Tak sebenarnya ada kawan ni amat penting sebab keselamatan, kesunyian dan sebagainya. Kalau perempuan naik sorang - sorang nanti kena kongsi bilik dengan 3 orang lagi waktu bermalam di Laban Rata. Yang penting kalau berkawan akan ada orang yang tolong ambil gambar kita. Macam ni: 



Gambar ni aku yang ambik : credit to shariana satar dan kak fadzianah


2. Mula pilih tarikh. Ambil kira semua faktor terutamanya berkaitan dengan cuaca. Nak cerita sebenarnya bulan disember kan bulan yang iklim x sesuai untuk mendaki tapi masa kitorang naik tu, matahari ada ja tersenyum lebar. Dan ini menjadikan suhu tak terlalu sejuk macam first time aku naik tahun lepas punya lepas, 2011. Namanya kita cuma merancang, Tuhan yang menentukan.. :)

3. Bila tarikh dan kawan dan confirm then bolehlah bergerak ke langkah seterusnya iaitu membuat tempahan di Kinabalu Park punya head branch di KK Times Square. Tapi ini untuk package Sabahan sahaja. Dan kena tahu bahawa sanya hanya 25 orang sabahan saja yang boleh mendaki dalam sehari. Jadi lagi awal tempah lagi bagus.

Dan dan silalah pilih korang naik naik dari gate mana. Sebenarnya ada dua laluan mendaki. Mesilau dan Timpohon. Oleh kerana aku x pernah mendaki dari Mesilau jadi aku cerita proses aku yang naik dari Timpohon Gate sahaja. 

Bila berurusan dekat KK Times Square ni, korang sediakan siap-siap salinan IC dan duit. Korang boleh buat tempahan tanpa confirmation dengan bayaran RM37.00 sahaja (bayaran insuran). Means korang boleh lagi tukar tarikh dan pegawai tu akan tengok mana yang korang boleh mendaki.

Amaran Penting: Resit dekat KK Times Square ni pastikan jangan hilang... 

4. Bila dah confirm,  teruskan dengan memilih hotel. Lagi cepat lagi bagus supaya tak berlaku situasi hotel dah full house. Pilihlah hotel yang dekat sikit dengan Kinabalu Park dan yang paling baik hotel atau homestay yang ada dapur masak.

Berikut beberapa hotel atau homestay yang korang boleh pilih:

Ceacer Palace - Aku berurusan dengan kawan jadi dapatlah discount...
Rose Cabin - First time mendaki kami stay dekat sini



5. Seterusnya ialah anda perlu membuat bayaran di Wisma Sabah. Ada satu premis atau pejabat paling hujung dimana korang perlu membuat bayaran dengan Sutera Sanctuary. Bayaran - bayaran ni adalah untuk makanan dan penginapan sepanjang korang berada di Gunung Kinabalu kelak. Bayaran lebih kurang RM100 +.. Tak ingat dah... 

Amaran penting: Resit ni pun wajib korang simpan... Dan bawa masa ke Kinabalu Park. 

6. Confirmkan semula hotel, review balik tarikh mendaki dan dari gate mana (timpohon or mesilau) then bolehlah start untuk membeli barang keperluan. 

Ok la. Itu sahaja urusan dalam memastikan anda semua mendapat peluang untuk mendaki Gunung Kinabalu. Tips dan pengetahuan seterusnya akan aku sambung pada entry seterusnya iaitu Mendaki Gunung Part 2.


P/s: Semua resit atau apa sahaja dokumen kena prepare awal dan simpan dengan baik sebab hari tu aku misplace satu resit dan kitorang hampir tak boleh mendaki walau dah sampai Kinabalu Park. 



1 comment:

  1. Hi, sy mau naik gunung bha ni tp ndatau cmna mau urus. Dapat ka tu book online yg Sabahan punya price?

    ReplyDelete